Latar Belakang Syarikat




Gambar kami bersama pengusaha Keropok Ikan Parang dan Tenggiri


Hasil Temubual Bersama Usahawan Keropok Ikan Parang dan Tenggiri.

Tarikh : 6 Januari 2016

Masa : 8.30 Malam

Tempat : Rumah Puan Normah bte Hj. Zamhari

_________________________________________________________________________________

Puan Normah @ Hasnah Bte Hj. Zamhari telah mula menceburi bidang ini secara kecil-kecilan. Beliau telah memulakan perniagaan ini di rumah beliau sendiri sejak tahun 2000. Perniagaan yang beliau jalankan ini merupakan perniagaan turun-temurun di mana beliau telah nampak peluang untuk menjayakan dan mengembangkan perniagaan ini untuk dan dijadikan hasil pendapatan tetap beliau.

Antara kursus dan seminar yang telah beliau hadiri sebagai tambahan input untuk menceburi bidang perniagaan :

1) Seminar Keusahawanan Dan Kepenggunaan Halal Negeri Sarawak 2013
2) Program Memperkasa Usahanita Sarawak
3) Kursus Membuat Pastri dan Kek

Pencapaian positif yang dicapai oleh Puan Normah daripada perusahaan beliau dari tahun ke tahun, perniagaan kecil-kecilan beliau kini dinaiktaraf sebagai perniagaan komersial. Pada tahun 2004, pernigaan beliau telah dinaiktaraf menjadi Industri Kecil Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu.

Antara bantuan yang telah diberikan kepada perniagaan Puan Normah :

Tahun 2004 : Satu Daerah Satu Industri (SDSI)  menyumbang RM8000 untuk peralatan memproses.
Tahun 2009 : Jabatan Pertanian Sarawak menyumbang RM70000 untuk bangunan dan peralatan.
Tahun 2010 : KEMAS menyumbang RM10000 untuk peralatan memproses.

Rujukan : Puan Normah @ Hasnah Bte Hj. Zamhari

Entri ditulis oleh : MFN10 (S20068)                              
                                dengan kerjasama ahli kumpulan

No comments:

Post a Comment