Pemasaran Keropok Ikan Parang dan Tenggiri

  • 0

PRODUK

- Produk yang dihasilkan oleh usahawan kami adalah keropok ikan.

- Terdapat 2 jenis produk yang dihasilkan iaitu keropok ikan Parang dan
   Tengiri.

- Keropok ikan Tenggiri hanya dihasilkan jika terdapat bekalan ikan
  Tenggiri.

- Dijual secara mentah dan siap digoreng ke kedai.





HARGA


- Harga yang dipasarkan untuk keropok ikan adalah:-

* RM 8 / 200 g (mentah
* RM 50 / 1 kg (mentah)
* RM 2 / 100 g (siap)




PROMOSI


- Potongan harga 10% bagi pelanggan tetap dan;
 
- Pelanggan yang membeli keropok melebihi 100 kilogram (kg).

- Membuat promosi setiap produk apabila menjelang musim
  perayaan.

- Promosi melalui laman sosial iaitu   Facebook.

- Promosi secara lisan (word-of-mouth) oleh penduduk sekitar tentang keenakan produk.



TEMPAT


- Produk ini dipasarkan di kilang pemprossesan sendiri.

- Pelanggan boleh mendapatkanterus daripada kilang tersebut.

- Selain itu, keropok ini dijual di Ratna Cafe yang terletak di
  belakang Balai Bomba Bintulu.

- Restoran tersebut adalah hak milik usahawan ini.

- Produk ini juga boleh didapati di kedai-kedai runcit sekitar bandar bintulu ini.


Operasi Syarikat Keropok Ikan

  • 0
OPERASI SYARIKAT

Syarikat keropok ikan ditubuhkan pada tahun 2000 dan mula beroperasi pada tarikh 01.01.2000 sehingga sekarang. Syarikat Puan Normah menpunyai 10 orang pekerja sahaja dan berasal daripada Indonesia dan orang tempatan. Selain itu, syarikat keropok ikan ini juga beroperasi pada pukul 8 pagi hingga 6 petang.

  1. 1.      Keperluan bahan mentah dan kos pengeluaran

·         Bahan mentah terdiri daripada ikan,selain daripada ikan puan normah juga membeli barang yang lain seperti tepung kanji, tepung jagung, garam, ajinomoto, serbuk lada sulah, baking powder dan  gula untuk memproses keropok ikan.
·         Kos pengeluaran puan normah adalah tinggi ini kerana harga barang dan bahan mentah turut naik pada masa sekarang.
·         Untuk memproses keropok ikan, Puan Normah membeli sebanyak 100 kilogram ikan daripada pembekal untuk menghasilkan sebanyak 39 kilogram sahaja.

  1. 2.      Pembahagian tugas setiap pekerja dalam syarikat

·         Pembungkusan
Ø  2 orang pekerja yang adakan ditugaskan dalam bahagian pembungkusan keropok ikan yang telah siap dip roses oleh pekerja yang lain.

·         Penglabelan
Ø  2 orang pekerja juga ditugaskan dalam bahagian label logo syarikat dan harga keropok ikan.
·         Pemprosesan keropok ikan
Ø  Dalam bahagian ini tenaga kerja adalah banyak pekerja yang ditugaskan sebanyak 6 orang untuk memproses keropok ikan.

Ø  Antara peroses yang dilakukan oleh pekerja seperti proses pengadunan,pengkukusan setelah siap di adun,proses pendidihan ikan,proses penyejuk beku,proses memotong,pengeringan dan proses pengorengan keropok ikan.


Human Resources

  • 0


Usahawan tersebut juga mengalami masalah :

  • Pekerja bekerja tidak tetap
  • Pekerja melakukan kerja sambil lewa
Bagi pekerja yang mengalami masalah sikap akan diberikan masa 3 hari untuk berubah dan jika masih berlarutan akan diberhentikan serta merta.


Rujukan : Puan Normah
Ditulis oleh : Zulhelmi Muhamad Bin Zulkefli Muhamad (S20402)

Pengenalan Projek Keusahawantani

  • 0

Assalamualaikum W.B.T.

Kami adalah pelajar Perniagaantani, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Pada semester ini, kami dikehendaki untuk menjalankan satu projek tentang keusahawanan bagi memenuhi syarat subjek keusahawanantani (SAB2402).

Maka, kami telah bersepakat untuk memilih usahawan seperti di bawah:

Nama : Normah @ Hasnah Bt. Hj Zamhari
Alamat: No. 550 B. Kampung Baru, 97000 Bintulu Sarawak.
Produk: Keropok Ikan Parang dan Tenggiri.